Monday 27 May 2013

Kem Literasi j-QAF Negeri Melaka bersama Teknik Al-Baghdadi

Alhamdulillah,setelah melalui proses perbincangan yang sangat memberansangkan, Kem Literasi jQAF yang menjadi wadah pemulihan bagi pelajar sekolah rendah di Negeri Melaka bagi murid-murid yang tercicir dalam Iqra' (Bawah Iqra' 3) pada tahun ini bakal mencatat sejarah baru apabila Teknik Al-Baghdadi bakal digunapakai bagi membantu memulihkan pelajar yang tercicir.

Difahamkan semua sekolah rendah di Negeri Melaka akan menghantar murid-murid yang tercicir ini untuk dipulihkan pada 30 Oktober ini. Program ini adalah dibawah kelolaan Unit jQAF, Sektor Pendidikan Islam Negeri Melaka, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka dengan kerjasama ATC Melaka dan guru-guru al-Quran yang telah mengikuti kursus Perunding Teknik Al-Baghdadi.
Menurut Ust.Nor Hisham selaku Ketua Fasilitator bagi Kem ini, satu mesyuarat khas dan taklimat khas berkaitan program kepada guru-guru jQAF yang terlibat yang menjadi fasilitator telahpun diadakan pada 18 Sep yang lalu, dimana mensyuarat ini telah dihadiri oleh Pen.Pengarah jQAF Al Fadhil Ustaz Nor Hisham bin Miswan dan Jurulatih-jurulatih Utama jQAF Negeri Melaka.
Melalui kerjasama ini ATC Melaka berharap dapat membantu murid-murid sekolah rendah di Negeri Ini dalam bidang Al-Quran disamping mengembangkan kepelbagaian teknik dalam P&P Al-Quran khususnya.


No comments:

Post a Comment