KONSEP PELAKSANAAN MODEL- MODEL
J-QAF SECARA RINTIS
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
LATAR BELAKANG
YAB
Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi semasa dalam tempoh 100 hari
beliau menerajui tampuk kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri
Malaysia Kelima telah menyatakan hasrat supaya pelajar-pelajar Islam di
negara ini dapat khatam bacaan al-Quran di peringkat sekolah rendah dan
mewajibkan pembelajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah. Untuk memenuhi
hasrat ini, Kementerian Pendidikan ketika itu, telah menganjurkan satu
Seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (J-QAF) yang
berlangsung pada 3 hingga 5 Mac 2004 dan telah memutuskan supaya
diadakan satu projek rintis program j-QAF pada bulan April 2004 sebelum
pelaksanaan sepenuhnya mulai tahun 2005.
KONSEP j-QAF
Takrif:
j-QAF
adalah singkatan kepada Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardhu ain.
Kesemua perkara tersebut adalah elemen-elemen dalam Pendidikan Islam
kecuali bahasa Arab. Projek j-QAF bermaksud memperkukuhkan penguasaan
Jawi, memastikan murid-murid khatam al-Quran di sekolah rendah,
mewajibkan pelajaran Bahasa Arab dan memantap amalan dan penghayatan
fardu ain. Projek j-QAF adalah sebahagian daripada usaha untuk
memperkukuhkan pendidikan Islam dalam sistem pendidikan kebangsaan dan
memperkasakan sekolah kebangsaan.
Matlamat:
Matlamat
Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu,
beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia
berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah
yang bertaqwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara. Projek
j-QAF memberi tumpuan kepada perkara-perkara khusus ke arah memenuhi
matlamat ini.
Objektif:
a. Membolehkan murid khatam al-Quran sebelum menamatkanpengajian di sekolah rendah.
b. Meningkatkan penguasaan murid dalam Jawi dan Fardu Ain.
c. Membolehkan semua murid Islam mempelajari Bahasa Arab.
Kumpulan sasaran :
Kumpulan sasaran projekj-QAF ialah semua murid Islam di sekolah kebangsaan.
STATUS j-QAF DALAM KURIKULUM KEBANGSAAN
Al
Quran, Jawi dan Fardhu Ain adalah elemen-elemen dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam. Sukatan pelajaran Pendidikan Islam sekarang hanya
memberi kepada murid-murid pengetahuan dan kemahiran asas dalam bacaan
al Quran, Fardhu Ain dan Jawi. Kesemua perkara ini masih ada kelemahan
dan perlu dimantapkan lagi. Mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi
sebagai bahasa tambahan diajar kepada murid tahun satu dengan masa 60
minit seminggu mulai tahun 2003. Kohot pertama sekarang berada pada
tahun dua. la diajar oleh guru Pendidikan Islam sedia ada.
MODEL-MODEL DAN AKTIVITI j-QAF
Model-Model dan aktiviti Jawi
a. Model Kelas Pemulihan Jawi
b. Model Pengukuhan Jawi
Model-Model dan aktiviti Khatam al-Quran
a. Model Tasmik
b. Model 6 Bulan
c. Model Integrasi
d. Model Kelas Khas Al- Quran
Model Bahasa Arab Wajib
Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi (BAK)
Model-model Fardhu Ain
a. ModelPAFA-KAFA
b. Model Kombinasi j-QAF
c. Model Bestari Solat
PELAKSANAAN PROJEK RINTIS
Projek
Rintis j-QAF bermaksud pelaksanaan model-model j-QAF secara ujikaji
bagi suatu jangkamasa pendek bertujuan menentukan kesesuaian untuk
pelaksanaan secara lebih menyeluruh mulai tahun 2005, mengenal pasti
masalah-masalah serta cara-cara mengatasinya. Pelaksanaan projek rintis
akan dijalankan di 30 buah sekolah seluruh negara pada April, Mei, Jun
dan Julai 2004, selama tiga bulan (iaitu 12 minggu pengajaran dan
pembelajaran) . Semua negeri melaksana projek rintis di dua buah
sekolah; satu di bandar dan satu di luar bandar. Hanya murid Islam
Tahun 2 sahaja yang terlibat, kecuali Bahasa Arab yang melibatkan murid
tahun satu sahaja.
Definisi Ringkas
MODELTASMIK
Model
Tasmik ialah satu program merekodkan perkembangan bacaan murid-murid
secara individu berdasarkan program yang diatur bagi membolehkan murid
khatam al-Quran di Sekolah Kebangsaan dan dilaksanakan di luar jadual
waktu. Murid akan belajar dan membaca al-Quran dengan guru-guru
al-Quran di luar sekolah. Guru-guru tersebut adalah ibu bapa murid
sendiri atau guru-guru al-Quran yang dilantik oleh ibu bapa murid.
MODEL 6 BULAN PROJEK RINTIS
Model
6 bulan ialah program yang menumpukan kepada penguasaan kemahiran
membaca al-Quran pada 6 bulan pertama tahun satu dan aspek khatam
al-Quran pada 6 bulan pertama pada tahun dua hingga tahun lima.
Penguasaan kemahiran membaca al-Quran tahun satu mengunakan Buku Iqra'
1 hingga 6.
PERLUASAN PELAKSANAAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI
Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi bermaksud pelaksanaan mata
pelajaran Bahasa Arab Komunikasi diperluaskan kepada semua beragama Islam.
KELAS PEMULIHAN JAWI
Kelas
ini memberi tumpuan membimbing dan memulihkan murid yang belum
menguasai asas Jawi dan dilaksanakan oleh guru Pemulihan Khas
Pendidikan Islam.
BESTARI SOLAT
Model Bestari Solat adalah aktiviti bimbingan dan amali solat sebagai aktiviti tambahan di sekolah.
No comments:
Post a Comment